Apa Salahnya Berdoa? - CEO Kumpulan AirAsia X - Berita Semasa | mStar

Apa Salahnya Berdoa? - CEO Kumpulan AirAsia X

Diterbitkan: Selasa, 27 Jun 2017 9:43 PM

Kamarudin Meranun.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun membidas Datuk Zaid Ibrahim kerana mengkritik juruterbang penerbangan AirAsia X D7237 yang meminta para penumpangnya berdoa demi keselamatan mereka.

"Apa salahnya berdoa dalam apa jua agama apabila anda berada dalam kesulitan dengan meminta pertolongan daripada Tuhan ketika melakukan apa sahaja yang terdaya?," soal Kamarudin.

"Membuat kenyataan memang mudah apabila anda selamat di darat," katanya.

Menerusi satu kenyataan di halaman Facebook beliau pada Selasa, Kamarudin berkata, beliau juga akan melakukan perkara yang sama.

Beliau memuji juruterbang yang tenang dan mengawal keadaan dalam memastikan keselamatan semua di dalam pesawat.

Pada Isnin, Zaid menerusi siri tulisan di Twitter berkata, juruterbang tersebut tidak seharusnya meminta para penumpang berdoa semasa pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Pesawat yang membawa kesemua 359 orang itu dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth selepas satu jam dan 30 minit akibat masalah teknikal.

Para penumpang dilaporkan memberitahu bahawa pesawat Airbus A330 tersebut bergegar seperti 'mesin basuh'.

Pesawat itu mendarat dengan selamat pada pukul 10 pagi (waktu Perth), kira-kira tiga jam selepas ia berlepas.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan