Trafik Dijangka Perlahan Hingga Lewat Petang

Diterbitkan: Selasa, 27 Jun 2017 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama disebabkan pertambahan jumlah kenderaan dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga lewat petang Selasa.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata di utara, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Pendang ke Sungai Petani, Kedah di kedua-dua arah, dari Permatang Pauh ke Perai di Pulau Pinang, dan di Perak dari Bukit Merah ke Taiping seterusnya ke Bukit Berapit dan Sungai Perak ke Terowong Menora.

“Aliran trafik juga perlahan dari Jelapang menuju ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai dan Bidor ke Sungkai di Perak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata bagi arah selatan, kenderaan turut bergerak perlahan di Senawang menuju ke Port Dickson, Hentian Sebelah Senawang ke Pedas Linggi di Negeri Sembilan, Pedas Linggi ke Simpang Ampat, Ayer Keroh ke Simpang Ampat di Melaka dan Kulai ke Sedenak di Johor.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik perlahan dari Bukit Tinggi menuju ke Kuantan manakala laluan lain di Lebuhraya Pantai Timur masih terkawal setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas Tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Aliran Trafik

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan