Rempuhan Newcastle, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 9:35 AM

Polis sedang mengawasi kawasan kemalangan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden sebuah kereta merempuh jemaah yang sedang keluar selepas menunaikan solat sunat Aidilfitfridi luar sebuah pusat sukan di Westgate Road di Newcastle, utara England pada Ahad.

Dalam kejadian tersebut, kereta yang dipandu seorang wanita berusia 42 tahun dilaporkan terbabas ke laluan pejalan kaki sebelum merempuh sekumpulan jemaah yang keluar dari Masjid Sentral Newcastle, menyebabkan enam orang termasuk tiga kanak-kanak cedera.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin meminta warganegara Malaysia yang menetap di sekitar kawasan itu supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan.

Buat masa ini, katanya, Suruhanjaya Tinggi Malaysiadi London berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan dan sedang memberi maklumat terkini dan segera kepada komuniti Malaysia di sekitar bandar itu.

Kementerian Luar turut menyampaikan ucapan simpati mendalam kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu, katanya.

Mereka yang berada dalam kecemasan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di 52 Bedford Row, London WC1R 4LR atau menghubungi +44 (0) 207 242 4308 atau e-mel mwlondon.kln@1govuc.gov.my.

Dilaporkan pemandu wanita itu ditahan selepas insiden tersebut.

Wanita itu dilaporkan turut menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid berkenaan sebelum mahu pulang dengan memandu keretanya.

Namun sebaik menaiki keretanya, wanita itu tersilap menekan pedal minyak yang disangka brek menyebabkan keretanya terbabas ke laluan pejalan kaki dan merempuh mangsa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Newcastle , Aidilfitri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan