'OOTD' Khairy Jamaluddin Memang Stailo

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 10:08 PM

Instagram: @khairykj

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sudah adat menjadi figura awam, pasti setiap gerak geri akan diperhatikan.

Kali ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang terkenal dengan jiwanya yang sentiasa dekat dengan golongan belia dilihat cuba mengikut trend semasa dengan memuat naik gambarnya yang lengkap berbaju Melayu biru muda, songkok dan samping.

Sekali imbas, dua keping gambar yang dikongsikan beliau melalui Instagram Stories sama seperti gambar hari raya umat Islam yang lain.

Namun, deskripsi yang tertera pada gambar-gambar tersebut menunjukkan sisi Khairy yang sporting dengan gelagat anak muda masa kini.

Beliau menulis: "Ramai upload (muat naik) gambar berdiri tengah jalan, so (jadi) apa lagi?"

Gambar kedua yang dikongsikannya pula berbunyi: "Ramai yang upload (muat naik) gambar OOTD (outfit of the day) tak pandang kamera, so (jadi) apa lagi?"

Outfit of the day adalah istilah yang digunakan oleh pengguna laman sosial untuk pakaian yang dipakai pada hari berkenaan.

Khairy berkongsi posting tersebut di laman Instagramnya, @khairykj.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan