Aliran Trafik Kembali Sesak Raya Kedua

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 8:48 PM

Keadaan aliran trafik di Plaza Tol Gombak pada pukul 8.45 malam, Ahad. - Lembaga Lebuhraya Malaysia

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan sejak 2 petang Isnin berikutan pertambahan bilangan kenderaan.

Laporan trafik di Twitter rasmi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mengemaskini bahawa keadaan trafik menghala ke ibu negara kini mulai sesak.

Setakat pukul 8.40 malam, keadaan trafik PLUS perlahan selepas hentian Pedas Linggi Utara menghala ke Seremban disebabkan jumlah trafik yang tinggi.

Sementara itu, pergerakan trafik turut perlahan dari Genting Sempah menghala ke Tol Plaza Gombak arah barat.

"Lain-lain lokasi trafik lancar. Cuaca hujan," menurut status di Twitter LPT Trafik.

Keadaan itu dipercayai berlaku kerana orang ramai sudah mula pulang ke Kuala Lumpur selepas menyambut 1 Syawal pada Ahad.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebastol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter diwww.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: aliran trafik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan