Ulam Rahsia Sihat Warga Emas

Diterbitkan: Ahad, 25 Jun 2017 11:13 AM

Siti Zahrah tersenyum gembira setelah Tokoh Maal Hijrah Daerah Kulim 1433 (2011) Tan Khim Peng, 53 ,membantu warga emas itu memakai baju kurung baharu yang diberi oleh Kim Pheng sempena warga emas itu menyambut Aidilfitri. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KULIM: Mendakwa usianya102 tahun, seorang warga emas di sini bukan sahaja mampu menguruskan diri sendiri dengan baik tetapi juga memiliki daya ingatan yang masih kuat, dipercayainya hasil amalan makan ulam-ulaman sejak muda.

Siti Zahrah Wahab dari Kampung Tanjung Belit, Sidam Kanan, Padang Serai yang lebih dikenali sebagai Tok Bok,dipercayai penduduk tertua di kampung itu.

"Tok berjalan gunakan tongkat penglihatan tok semakin berkurangan tetapi masih boleh melihat dengan jelasdari jarak dekat."Kalau tengahhari panas tok kena pakai cermin mata yang gelap untuk atasi masalah silau mata," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya.

Berdasarkan tarikh lahir yang tercatat pada kad pengenalannya, Siti Zahrah dilahirkan pada 1925 namun katanya ketika pendaftaran dokumen pengenalan diridibuat, umurnya dimudakan10 tahun.

Selain mampu berjalan sendiri tanpa bantuan orang lain, warga emas ini juga masih mampu bertutur dengan jelas. Dia yang mempunyai empat anak hasil daripada dua perkahwinan berkata anak sulungnya bernama Yazid Bakar dan sudah berusia 82 tahun.

"Tok berkahwin kali pertama ketika berumur 18 tahun dan dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang anak perempuan manakala untuk perkahwinan kali kedua tok dikurniakan seorang anak perempuan," katanya menambah kedua-dua bekas suaminya yang berkongsi nama Bakar masih ada.

Siti Zahrah yang mempunyai sembilan cucu dan 15 cicit serta piut, kini tinggal bersama anak keduanya, Zubaidah, 75.

"Ibu saya ini dia mudah ingat di mana dia letak barang-barangnya. Kalau dia perlukan barang-barang itu dia sendiri pergi ambil di situ. Cuma dia ada masalah pendengaran, kalau hendak bercakap dengan dia, seseorang itu kena bercakap dengan kuat," kata Zubaidah.

Katanya, sekarang ibunya sudah kurang mengambil ulam-ulaman disebabkan mengalami masalah perut yang sensitif dengan makanan pedas.

"Ibu saya kalau hendak makan ulam mesti diregukan dengan sambal belacan,tetapi sekarang perutnya sering rasa pedih kalau makan sambal belacan. Jadi dia banyak makan nasi bersama sayur-sayuran dan ikan sahaja," kata Zubaidah, seorang ibu tunggal yang menampung hidup mereka berdua dengan pendapatan RM270 sebulan sebagai pekerja am. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ulam , warga emas

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan