Sultan Ibrahim, Anak Meriahkan Rumah Terbuka MB

Diterbitkan: Ahad, 25 Jun 2017 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyertai ribuan pengunjung yang meraikan sambutan Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyambut ketibaan Sultan Ibrahim dan dua anakandanya, Tunku Temenggong Tunku Idris Iskandar dan Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman yang menaiki tiga kenderaan secara berasingan kira-kira pukul 10.45 pagi Ahad.

Mereka berkenaan menikmati juadah Aidilfitri yang disediakan dan meninggalkan kediaman rasmi tersebut kira-kira 15 minit kemudian.

Orang ramai dan pemimpin kerajaan negeri turut disajikan dengan pelbagai hidangan tempatan seperti laksa, mi rebus, sate, beriani dan kambing golek.

Mohamed Khaled dan keluarganya turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan memberikan duit raya kepada kanak-kanak.

Alice Tan, 40, yang datang bersama keluarganya berkata menghadiri rumah terbuka di sini menjadi acara tahun untuk mereka.

"Walaupun sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta, kami seronok kerana dapat menyertai acara tersebut dan menikmati pelbagai juadah enak terutamanya, mi rebus.

"Semasa sambutan seperti ini, anda boleh lihat rakyat Malaysia bersatu-padu tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Tags / Kata Kunci: rumah terbuka , Sultan Johor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan