Kuih Raya Punca Sakit Perut?

Diterbitkan: Sabtu, 24 Jun 2017 8:00 AM

Contoh kuih raya yang sering menjadi hidangan semasa sambutan Syawal. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hari Raya Aidilfitri sepatutnya menjadi hari meraikan kemenangan bagi umat Islam selepas menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

Namun, keghairahan menjamah apa jua juadah tanpa penjagaan yang betul boleh memudaratkan kesihatan dan mengakibatkan ketidakselesaan badan.

Perunding kesihatan pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri berkata, secara kebiasaannya badan akan mengalami kejutan jika pemakanan tidak dikawal dan diambil pada kekerapan yang tinggi semasa menikmati hidangan hari raya.

“Badan yang terkejut akan menghantar isyarat seperti masalah penghadaman, keracunan makanan dan kembung perut.

“Tak salah kalau nak makan tapi kena seimbangkan makanan yang diambil. Janganlah tidak beraya pula,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kevin bersama isteri dan anak-anak ketika sambutan Syawal yang lalu.

Jelas bapa kepada dua orang cahaya mata itu, pengambilan karbohidrat seperti nasi impit dan lemang lebih elok diutamakan sebelum menjamah sajian yang lain.

“Elakkan makan kuih raya sebelum makan makanan berat kerana ia tidak mengenyangkan. Isilah perut dengan protein seperti rendang ataupun lontong.

“Kalau sudah tahu akan beraya di banyak tempat, janganlah pakai baju ketat sangat nanti akan bagi tekanan pada bahagian abdomen. Lagi mudah rasa tak selesa,” katanya.

Kata Kevin, beliau akan memulakan rutin senaman pada hari kedua Syawal selepas berehat selama sebulan pada Ramadan lalu.

“Beraya tu beraya juga, tapi senaman jangan dilupakan kerana badan sudah makan macam-macam makanan.

“Bagi sesiapa yang beraya di kampung, boleh bangun lebih awal untuk bersenam. Contohnya, boleh lari kejar ayam, potong kayu atau mencakar sampah untuk mengeluarkan peluh,” kata Kevin.

Contoh senaman yang boleh dilakukan di kampung.

Sementara itu, bagi selebriti Chef Kamarul Hasni Che Ros (gambar), beliau mengesyorkan agar rakyat Malaysia mengamalkan tiga langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara tidak diingini merosakkan mood perayaan.

“Pertama lihat dan pastikan makanan tersebut tidak berubah warna, berlendir, tidak berbuih, tidak ada bendasing seperti rambut, serangga atau kulat.

“Kedua, rasa  dulu untuk pastikan makanan tersebut tidak berbau, basi atau busuk.

“Ketiga, cuba hidu sama ada makanan itu masih elok dan jika memang sudah rosak, buang segera dan maklumkan pada tuan rumah,” katanya ketika dihubungi.

Tags / Kata Kunci: kuih raya , Kevin Zahri , Chef Kamarul

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan