Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Insiden Serangan Bom Di Makkah

Diterbitkan: Sabtu, 24 Jun 2017 4:22 PM

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden serangan bom berani mati di Makkah. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden serangan bom berani mati berhampiran Masjidilharam di Makkah pada Jumaat yang mencederakan 11 orang termasuk lima pegawai polis Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, kementerian itu berkata, ia akan memantau situasi berkenaan melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati pengganas di Makkah...serangan pengganas ini adalah lebih tragik memandangkan ia berlaku dalam bulan Ramadan.

"Malaysia juga merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada kerajaansertarakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terbabitdalam serangan ini, kata kenyataan itu.

Media melaporkankejadian itu berlaku-kira-kira 1.5 kilometer dari Masjidilharam.

Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah di talian 00966126727740 atau 00966126728019. - Bernama

Tags / Kata Kunci: serangan bom Makkah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan