Petronas KM58 Tidak Ditutup

Diterbitkan: Sabtu, 24 Jun 2017 2:22 PM

Stesen minyak Petronas di KM58 menghala ke Timur Bentong beroperasi seperti biasa. - Twitter/LPTTRafik

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Petronas menafikan bahawa pihaknya akan menutup Stesen Petronas di kilometer (KM) 58, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut kenyataan Petronas, maklumat yang tersebar adalah tidak tepat dan stesen berkenaan tetap beroperasi seperti biasa.

"Maklumat itu tidak tepat dan laporan tersebut telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan kami," jelasnya.

Terdahulu, mStar Online pada Jumaat melaporkan stesen minyak Petronas di KM58 menghala ke Timur Bentong akan ditutup bagi melicinkan perjalanan balik ke kampung halaman.

Laman Twitter LPT Trafik memuat naik status tersebut pada pukul 11.41 pagi Jumaat.

"Sebagai langkah mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur - Karak, susur masuk ke Petronas KM58 hala Timur Bentong akan ditutup mengikut keadaan trafik. Kesabaran anda dihargai," menurut posting tersebut.

LPT Trafik turut memberikan senarai stesen minyak yang boleh dikunjungi pemandu untuk melancarkan pergerakan pengguna jalan raya.

Lokasi stesen minyak adalah seperti di KM21.6, BHP, Gombak; KM38.4, Petronas, Genting Sempah dan KM129.6, Petronas, Temerloh.

Orang awam diingatkan agar memastikan tangki minyak kenderaan masing-masing mencukupi agar tidak terkandas di jalan raya.

Tags / Kata Kunci: Petronas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan