Petronas KM58 Ditutup Elak Kesesakan Jalan Raya

Diterbitkan: Jumaat, 23 Jun 2017 2:16 PM

Stesen minyak Petronas di KM58 menghala ke Timur Bentong akan ditutup mengikut keadaan trafik. - Twitter/LPTTRafik

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Stesen minyak Petronas di kilometer (KM) 58 menghala ke Timur Bentong akan ditutup bagi melicinkan perjalanan balik ke kampung halaman.

Laman Twitter Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Trafik memuat naik status tersebut pada pukul 11.41 pagi Jumaat.

"Sebagai langkah mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur - Karak, susur masuk ke Petronas KM58 hala Timur Bentong akan ditutup mengikut keadaan trafik. Kesabaran anda dihargai," tulisnya.

LPT Trafik turut memberikan senarai stesen minyak yang boleh dikunjungi pemandu untuk melancarkan pergerakan mereka.

Lokasi stesen minyak adalah seperti di KM21.6, BHP, Gombak; KM38.4, Petronas, Genting Sempah dan KM129.6, Petronas, Temerloh.

Orang awam diingatkan agar memastikan tangki minyak kenderaan masing-masing mencukupi agar tidak terkandas di jalan raya.

Tags / Kata Kunci: Lebuhraya Pantai Timur

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan