7 Kesalahan Jalan Raya Yang Perlu Dielakkan - JPJ

Diterbitkan: Jumaat, 23 Jun 2017 11:13 AM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

GURUN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tumpuan kepada tujuh kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya semasa penguatkuasaan Operasi Hari Raya Aidilfitri 2017 (OP HRA 2017) mulai 18 Jun hingga 2 Julai ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan  and  Operasi) JPJ Datuk Yusoff Ayob berkata kesalahan itu adalah tidak mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit.

Selain itu, beliau berkata memotong barisan, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu di lorong kanan secara berterusan dan memandu di lorong kecemasan.

"Tujuan sebenar kita dalam operasi ini bukan untuk menyaman orang. Operasi ini adalah untuk memberikan kemudahan membantu orang ramai pulang ke kampung dengan selamat dan selesa," katanya kepada pemberita pada Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri di kawasan Rehat dan Rawat (R and R) Gurun di sini, Khamis.

Sementara itu, Yusoff berkata pihaknya juga membuat penyamaran menaiki bas ekspres sepanjang operasi berkenaan untuk melihat tingkah laku pemandu bas sama ada melakukan kesalahan atau pun tidak seperti menggunakan telefon bimbit dan merokok ketika memandu bas itu.

"Anggota kita akan menyamar dengan pakaian biasa dan menaiki bas ini macam penumpang biasa, sekiranya kita mendapati pemandu itu ada membuat kesalahan, tindakan akan diambil," katanya menurut Bernama.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 815 kenderaan penguat kuasa JPJ digunakan sepanjang operasi berkenaan.

Tags / Kata Kunci: JPJ

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan