Ketahui Tiga Hak Penumpang Penerbangan Sebelum Pulang Beraya

Diterbitkan: Jumaat, 23 Jun 2017 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penumpang penerbangan yang akan balik kampung atau bercuti sempena Aidilfitri perlu bertindak jika hak mereka sebagai penumpang tidak diberi layanan yang sepatutnya.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Tan Sri Abdullah Ahmad berkata jika berdepan dengan perkhidmatan penerbangan yang tidak memuaskan di mana-mana lapangan terbang di Malaysia atau semasa penerbangan, mereka boleh membuat aduan kepada pihak yang berkenaan.

"Khususnya kes bagasi yang rosak atau hilang, dan penerbangan yang dibatalkan atau tertangguh," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan yang diperkenalkan Mavcom tahun lepas, penumpang boleh menuntut pampasan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan dengan penerbangan yang dinaiki.

Beliau berkata berdasarkan kod perlindungan itu, jika sesebuah penerbangan itu tertangguh selama dua jam atau lebih, penumpang yang terlibat layak mendapat pampasan dalam bentuk makanan dan perkhidmatan telefon atau internet.

"Jika ia tertangguh selama lima jam atau lebih, penumpang layak mendapat penginapan hotel dan pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel," kata Abdullah yang juga bekas Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Mavcom menerima 2,041 aduan daripada pengguna sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac tahun lepas, dan 95 peratus daripadanya telah diselesaikan.

Beliau berkata, bagaimanapun sebelum membuat aduan kepada Mavcom, penumpang perlu membuat aduan kepada syarikat penerbangan atau pengurusan lapangan terbang terlebih dahulu.

"Jika tiada sebarang respon dalam tempoh 24 jam, mereka perlu menghubungi Mavcom untuk tindakan selanjutnya," katanya.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: Mavcom , bagasi , tangguh , batal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan