Daging Lembu Murah Di Festival Daging Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 23 Jun 2017 1:28 PM

Pekerja sibuk melapah daging untuk dijual kepada orang ramai dengan harga RM24 sekilo pada majlis Festival Daging Barakah Aidilfitri di Taman Wira Mergong, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Rakyat di negeri ini berpeluang mendapatkan bekalan daging lembu tempatan segar yang dijual dengan harga lebih murah berbanding pasaran, sempena Festival Daging Raya Aidilfitri: Bantuan Rakyat Kedah (Barakah), Jumaat.

Festival yang memasuki tahun ketiga itu menawarkan 30,000 kilogram (kg) daging, tulang dan bahagian lain yang dijual seawal 8.30 pagi di 21 pusat jualan yang merupakan Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional seluruh negeri.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata daging lembu itu dijual pada harga RM24 sekilogram berbanding RM33 sekilogram di pasaran luar dengan setiap pembelian dihadkan sebanyak dua kilogram seorang.

"Sebanyak 203 ekor lembu disembelih berbanding 200 ekor lembu pada tahun lalu dan bekalan ini didatangkan dari Ladang Laka Temin, Bukit Kayu Hitam. Sebanyak RM675,000 telah diperuntukkan oleh Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) untuk festival tahun ini.

"Selain daging lembu, rakyat Kedah boleh membeli itik dan ikan sejuk beku yang turut dijual dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran," katanya ketika meninjau festival itu yang berlangsung di Taman Wira Mergong di sini, Jumaat.

Ahmad Bashah berkata bagi penjualan ayam pula, diserahkan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang harga sekilogram ayam yang ditawarkan juga murah berbanding harga pasaran.

Sementara itu, Pengarah Urusan KLPK Anuar Abdul Talib berkata penglibatan pihaknya dalam festival ini adalah untuk membantu rakyat Kedah supaya dapat membeli daging lembu segar sempena Aidilfitri pada harga yang lebih murah.

"Lembu-lembu ini dibela di atas tanah kerajaan negeri, jadi ini cara untuk kita pulangkan semula kepada Kedah. Sebanyak RM675,000 telah diperuntukkan untuk 203 lembu tahun ini dan kami jangka akan mendapat pulangan semula berjumlah RM350,000.

"Sambutan rakyat Kedah sangat memberangsangkan apabila ada yang sanggup beratur seawal 6.30 pagi bagi mendapatkan daging lembu yang dijual dengan harga murah di 21 pusat jualan seluruh Kedah," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: daging tempatan , daging lembu , Barakah

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan