Tender Bina Hospital Pendang Dibuka September Ini

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 2:20 PM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Tender pembinaan hospital baharu di Pendang dijangka dibuka September ini sebelum pelaksanaan projek pembinaan hospital berkenaan yang tertangguh sejak sekian lama di daerah itu.

Pegawai Daerah Pendang Zaid Ahmad berkata RM220 juta diperuntukkan kerajaan persekutuan iaitu tambahan RM20 juta untuk menyediakan kemudahan yang lengkap dan moden bagi membolehkan masyarakat mendapat perkhidmatan terbaik daripada doktor pakar di hospital itu nanti.

"Menerusi Mesyuarat Pembangunan Jawatankuasa Tindakan Daerah yang diadakan semalam pelaksana projek iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan tender akan dibuka pada September ini dan kerja-kerja pembinaan boleh bermula dua atau tiga bulan selepas itu.

"Harapan kami Hospital Pendang yang bernilai RM220 juta ini berjaya dibina selepas tender ini kerana tapak sudah tersedia di Kampung Banggol Pauh dan tinggal untuk membina bangunan sahaja, " katanya kepada Bernama selepas menyampaikan elaun kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK) di Dewan Cendrawasih di sini, Khamis.

Untuk rekod, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hospital Pendang antara enam hospital baharu yang akan dibina selain di Kemaman, Bentong, Pasir Gudang, Maran dan Baling.

Hospital Pendang akan dilengkapi 250 katil dengan 11 kepakaran antaranya perubatan, pediatrik, pembedahan, ortopedik, kecemasan dan trauma, patologi serta radiologi.

Zaid berkata apabila siap hospital itu nanti penduduk Pendang tidak lagi terlalu bergantung kepada Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan selain pesakit tidak perlu mengambil masa panjang untuk ke sana sekali gus dapat mengurangkan kesesakan pesakit dan bebanan tugas di HSB.

"Hospital Pendang telah lama dinantikan warga Pendang dan pelaksanaan projek ini nanti akan membawa rahmat di daerah ini dan pembangunan persekitarannya. Saya yakin komitmen yang tinggi daripada kerajaan persekutuan dan negeri, projek ini akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini, " katanya.

Seramai 386 pengerusi JKKK dan setiausaha di Parlimen Pendang menerima bayaran elaun pada bulan April dan Mei bagi membolehkan mereka membuat persiapan sambutan Aidilfitri.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan