Siapa 'Kebas' Ambulans?

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 1:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Memuat naik status di Facebook untuk mencari kereta atau motosikal hilang sudah biasa dilihat di media sosial, tetapi agak pelik jika melihat status ambulans hilang.

Dalam kejadian ini, sebuah ambulans milik Hospital Kuala Krai, Kelantan, dengan nombor pendaftaran BKL 5695, telah dilaporkan hilang pagi Rabu.

Belum dapat dipastikan sama ada kenderaan ini telah ditemui atau sebaliknya.

Disebabkan posting ambulans hilang ini dimuat naik di media sosial, netizens telah membuat beberapa andaian di ruang komen.

Ramai yang mendakwa van tersebut telah dicuri oleh mereka yang terdesak untuk pulang beraya.

"Dia pinjam buat balik kampung kot. Naik ambulans senang...on siren boleh laju sampai kampung," tulis Encik Misteri di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis.

Apit Mgs menulis: Ni kes nak balik kampung ni, tiket dah habis semua, kereta sewa pun tak ada, nak tumpang lori dah tak boleh, lori dah tak boleh jalan atas jalan dah, sebab tu rembat ambulans.

Difahamkan, ambulans ini telah hilang di sebuah bengkel di Guchil, Kuala Krai dan kes ini pernah berlaku sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: ambulans , curi , hilang , Kuala Krai

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan