‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Hari Raya

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 8:00 AM

Seorang kakitangan Jabatan Imigresen Johor memegang beberapa sampul duit raya 'pasport Malaysia'. Foto ihsan Jabatan Imigresen Johor

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sempena kedatangan Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi, 'pasport Malaysia' ini semakin mendapat perhatian.

Kanak-kanak bukan sahaja gembira bila mendapatnya, malah ia menjadi keperluan untuk orang dewasa ketika mengunjungi sanak saudara mahupun jiran tetangga.

Namun jangan keliru kerana 'pasport Malaysia' yang dimaksudkan bukanlah dokumen perjalanan rakyat Malaysia untuk ke luar negara, tetapi ia sebenarnya adalah sampul duit raya.

Bentuknya sama seperti kebanyakan sampul duit raya, dengan rekaan kulit hadapannya seperti pasport Malaysia dan di kulit belakang tertera perkataan ‘Dengan ingatan tulus ikhlas’ berserta nama dan logo Jabatan Imigresen. 

Bagi raya kali ini, sampul duit raya ‘pasport Malaysia’ dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Johor.

Pengarah Imigresen negeri itu, Datuk Rohaizi Bahari berkata, ia dikeluarkan oleh jabatan itu sejak 2013 dan sehingga kini menjadi rebutan setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Kami pernah mengeluarkan dua rekaan yang lain sebagai tambahan selepas itu tetapi tidak mendapat sambutan. 

“Jadi, kami hanya mengekalkan satu rekaan ‘pasport Malaysia’ sahaja sehingga ke hari ini. Namun, terdapat penambahbaikan dari segi kualiti dari segi penggunaan kertas termasuk rekaan secara ‘emboss’ (cetakan timbul) berbanding dulu hanya cetakan biasa,” katanya.

Sampul duit raya 'pasport Malaysia'.

Rohaizi berkata, sempena Aidilfitri kali ini, sebanyak 7,000 keping dikeluarkan menerusi cetakan pertama dan kedua.

Sampul duit raya ‘pasport Malaysia’ yang dijual dalam setiap pek mengandungi 10 keping itu dijual pada harga RM5.

Ditanya sama ada pek sampul duit raya itu dijual kepada orang ramai, Rohaizi berkata, setakat ini ia dijual kepada kakitangan imigresen.

“Setakat ini, ia tidak dijual secara langsung kepada orang awam. Sampul duit raya ini bukan sahaja dibeli kakitangan imigresen di Johor malah mendapat permintaan dari cawangan negeri-negeri lain termasuk di Sabah,” katanya sambil menambah sampul berkenaan akan membantu orang ramai mengenali Jabatan Imigresen termasuk pasport sebagai dokumen perjalanan penting buat rakyat Malaysia.

Pasport Malaysia merupakan pasport kelima paling berkuasa di dunia, menurut kedudukan terkini Global Passport Power Rank 2017. 

Malaysia berada pada kedudukan kelima bersama Ireland dan Kanada yang berkongsi mata keseluruhan Visa-Free-Score (VFS) sebanyak 155 mata.

Berdasarkan kedudukan yang diterbitkan laman web Arton Capital’s Passport Index, VFS mewakili jumlah negara bagi pemegang pasport yang boleh melawat tanpa visa atau dengan visa semasa ketibaan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan