Keluarga Nhaveen Terima Bayaran Perkeso

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 3:54 PM

Anthony Arul Dass menyampaikan faedah pengurusan mayat kepada D. Shanti, ibu mendiang, Nhaveen di kediamannya di Taman Tun Sardon, Gelugor pada Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada Khamis menyampaikan cek bayaran faedah pengurusan jenazah kepada keluarga T. Nhaveen, yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang Khamis lepas setelah cedera parah dipukul sekumpulan lelaki.

Pengarah Pejabat Perkeso Pulau Pinang A. Anthony Arul Dass menyerahkan cek bernilai RM2,000 itu kepada ibu Nhaveen, D.Shayang, semasa melawat keluarga mangsa di Taman Tun Sardon, Gelugor di sini.

Beliau berkata Perkeso juga akan memberi pencen bulanan kepada keluarga mendiang sebanyak RM672 sebulan.

Dalam kejadian 2.10 pagi 10 Jun lepas, Nhaveen cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki manakala rakannya berusia T.Previin, 19, berjaya melarikan diri untuk mendapatkan pertolongan.

Nhaveen, yang berada dalam keadaan mati otak dan hanya dibantu alat pernafasan, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang kira-kira 5.30 petang pada 15 Jun lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Perkeso , T.Nhaveen

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan