Pelabur MBI Mengamuk Di Forum China

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 10:11 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berpuluh-puluh pelabur MBI Group International menggunakan forum dalam talian popular di China bagi menuntut pulangan pelaburan mereka berikutan penahanan pengasasnya.

Seorang pelabur yang kecewa menggunakan nama shouMshiBdiaoi berkata, dia sendiri kerugian 35,000 yuan (RM22,000) dan kumpulannya di Guangxi rugi sejumlah 51.6 juta yuan (RM32.4 juta).

"Saya bersumpah saya tidak akan menyertai mana-mana MLM (pemasaran pelbagai peringkat) lagi selepas ini!" tulisnya di forum Baidu pada Rabu.

Di forum tersebut dikatakan seramai 69 pelabur akan tiba di Malaysia pada Khamis bagi menuntut supaya MBI International memulangkan wang mereka.

MBI International merupakan pengendali skim wang maya yang berpangkalan di utara negara ini.

Pengasas MBI Group International yang direman pada Isnin telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Sumber polis berkata, dia dibebaskan sehari sebelum perintah reman terhadapnya tamat pada Khamis dan diambil oleh seorang individu bergelar 'Tan Sri' di balai polis di Kulim.

Dia direman bagi membolehkan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dah Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada Selasa, Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Roslan Mahayudin mengumumkan mengenai reman tersebut dan suspek merupakan pengasas MBI International, tetapi enggan mendedahkan namanya.

Pengasas berkenaan ditahan dalam satu operasi, Ops Taken 11, melibatkan Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Imigresen dan polis.

Serbuan dilakukan di beberapa premis di Kulim dan Pulau Pinang selepas pemantauan selama sebulan.

Dalam serbuan itu, wang tunai lebih RM2 juta termasuk matawang asing dan tiga kenderaan mewah dirampas.

Sebanyak 98 akaun bank dikaitkan dengan MBI International berjumlah RM209 juta dibekukan.

Tags / Kata Kunci: MBI International

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan