NewGen Tak Jadi Sertai Pakatan Harapan

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Generasi Baru (NewGen) menarik balik permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan sehingga isu kepimpinannya diselesaikan.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook NewGen pada Khamis, majlis tertinggi parti itu berkata mereka percaya hanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang harus mengetuai pakatan pembangkang.

Malah, parti itu berkata calon perdana menteri harus datang dari PKR dan bukannya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Maka, untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan, PKR harus mengetuai Pakatan Harapan dengan calon perdana menteri juga datang dari PKR dan bukan PPBM.

"Kami juga ingin mengesyorkan supaya Pakatan Harapan segera menamakan Datuk Seri Azmin Ali sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan di atas kecemerlangan beliau menerajui negeri Selangor sebagai Menteri Besar dan juga kerana beliau dilihat calon paling senior dan paling sesuai mengikut senario politik tanahair masa kini," demikian menurut kenyataan itu.

Dalam satu reaksi balas, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan NewGen itu.

"Tidak mengapa jika mereka tidak mahu menyertai Pakatan Harapan, kami tidak perlu fikir mengenainya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR.

NewGen yang diasaskan bekas pemimpin PPBM, Datuk Mohd Ezam Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengemukakan permohonan secara rasmi untuk menyertai Pakatan Harapan pada April lalu.

Parti itu sedang menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menukar namanya secara rasmi kepada Parti Bebas Rasuah (PBR).

Tags / Kata Kunci: NewGen , Pakatan Harapan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan