Akaun Media Sosial Palsu Dipantau

Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 8:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau kehadiran akaun-akaun media sosial palsu serta menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (gambar).

Sejak kebelakangan ini, katanya, didapati terdapat banyak akaun media sosial palsu seperti Facebook, Twitter yang diwujudkan untuk menyebar pelbagai kandungan palsu dan jelik yang boleh memberi kesan buruk terhadap sosial, ekonomi dan keselamatan negara.

Beliau mengingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi & Multimedia 1998 untuk membuat atau mewujudkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik.

"Umum sedia maklum bahawa akaun palsu seperti ini digunakan oleh mereka yang berniat jahat dan bertujuan untuk menyebarkan berita palsu, fitnah serta hasutan yang merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara," katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.

Salleh berkata isu itu tidak terpencil kepada Malaysia sahaja.

Malah, katanya, Facebook baru-baru ini dilaporkan telah mengambil tindakan ke atas 30,000 akaun Facebook palsu di Perancis dalam usahanya untuk mengekang gejala berita palsu sewaktu pilihan raya presiden negara itu.

"Selain tindakan penguatkuasaan, kerjasama dengan pihak pemberi perkhidmatan seperti Facebook akan terus dipohon oleh pihak MCMC untuk memadam akaun-akaun palsu ini," kata Salleh.

Tags / Kata Kunci: SKMM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan