Dalam Kokpit Pun OK!

Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 11:43 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sesiapa sahaja pastinya tidak sabar untuk menyambut Syawal yang bakal tiba bersama keluarga tercinta lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja di perantauan.

Namun bukan semua berpeluang untuk menyambut Aidilfitri apatah lagi pulang ke kampung ekoran tugasan kerja.

Di saat kita menikmati juadah rendang dan ketupat, namun gadis ini perlu bekerja di awan biru pada hari pertama Lebaran.

Nasib itu dilalui seorang pembantu juruterbang AirAsia, Nur Syafiqah Bisnu kelahiran Sarawak yang berkongsi video dendangan lagu raya di dalam kokpit menerusi Facebook miliknya sehingga menjadi tular di laman sosial.

Di awal video berdurasi 1 minit 35 saat itu menyaksikan Syafiqah menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada keluarganya.

"Sempena Hari Raya ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga saya yang berada di perantauan," katanya sebelum menyanyikan lagu Suasana Di Hari Raya dendangan penyanyi Anuar Zain dan Elina.

Video tersebut mendapat tontonan lebih 141, 660 kali dan dikongsi sebanyak 32 kali di Facebook.

Nyanyian pembantu juruterbang wanita itu turut mendapat pujian di kalangan netizen yang mengagumi kelunakan suaranya.

Salah seorang pengguna Facebook, Azniel NewMurni Shapiee berkata:"Steadylah Captain."

Fizo Versace:"Sedap suara sey."

Berdasarkan tinjauan di Facebook miliknya, Syafiqah memang gemar menyanyi.

Dia turut memuatnaik videonya memetik gitar sambil menyanyikan lagu Dia, nyanyian ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid. 

Tags / Kata Kunci: juruterbang , Aidilfitri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan