Nak Beli Ais Krim Atau 'Ushar' Penjual?

Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bagai tak percaya apabila seorang gadis cantik tanpa segan silu sanggup menunggang motosikal, meredah kawasan kampung semata-mata mahu menjual ais krim.

Disebabkan wajahnya yang cantik itu, gambar dan videonya sedang menjual ais krim kepada kanak-kanak di kawasan kampung telah menjadi tular di media sosial.

Selain memuji anugerah yang diberikan kepada gadis berkenaan, netizen juga nampaknya senang dengan gaya bersahaja si penjual ais krim ini yang tidak memilih pekerjaan dalam mencari rezeki halal.

Difahamkan, gadis ini adalah pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan sering menjual ais krim di sekitar Langkawi, termasuklah di majlis-majlis kenduri kahwin ketika cuti semester.

Tidak hanya dia seorang, bapa dan adik-beradiknya juga dikatakan melakukan pekerjaan yang sama.

Disebabkan wajahnya yang cantik juga, maka ramailah netizen yang nakal cuba mengusiknya.

Apitz KriUk Kriuk Muka menulis: Muka sebegini tak elok jemur panas jual ais krim. Muka macam ni elok buat ais krim Malaysia kat dapur umah aku je kihkihkih.

Akmal Yusuf menulis: Kalau orang macam ni jual aiskrim tiap-tiap hari lepas Subuh aku dah terpacak tepi jalan tuggu dia mai..yang dok mai la ni berjambang semacam ja, nk beli pun naik seram.

Jacko Emkay menulis: Kecantikan dia sebenarnya pada keberanian dan usaha dia.. good one.

Muhd Hafizh Hassan menulis: Kita dah beli kat dia masa depan Sekolah Seri Negeri masa tu bapa dia ada. Kita try bagi punchline nampak tak berapa nak jadi . Lepas 30 minit segala-gala berakhir di situ saja. Tamat.

Ahmad Ahmad menulis: Bergetar tulang rusuk. Adakah dia Laila yang aku cari.

Tags / Kata Kunci: ais krim , Langkawi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan