Drama Air Mata Suspek Bunuh Nhaveen

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 8:51 AM

Empat remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Isnin atas tuduhan membunuh mangsa buli T.Nhaveen pada 9 Jun lepas. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang remaja yang didakwa menyebabkan kematian T. Nhaveen bergenang air mata semasa melihat keluarganya duduk di dalam galeri awam mahkamah.

Keadaan itu membuatkan abang tertuduh cuba menenangkannya dari jauh menggunakan isyarat tangan.

S. Gokulan, 18, seorang penganggur, duduk di kandang tertuduh Mahkamah Sesyesn di sini, Isnin bersama tiga lagi remaja.

Mereka turut berdepan dakwaan mencederakan rakan Nhaveen, T. Previin, 19, menggunakan topi keledar.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan bersama melakukan kesalahan itu antara pukul 11 malam hingga tengah malam 9 Jun dekat sebuah pusat pembelajaran di Jalan Kaki Bukit, Bukit Gelugor.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda atau sebatan.

Tiga tertuduh yang lain adalah pelajar kolej, J. Ragesuthen, 18, dan dua pelajar sekolah menengah berusia 16 dan 17 tahun.

Hakim Irwan Suaibon menetapkan 21 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Kesemua mereka kemudian dibawa ke mahkamah majistret kerana membunuh Nhaveen, 18 pada waktu dan di tempat yang sama.

Bagi pertuduhan itu, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mandatori gantung sampai mati.

Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid menetapkan 28 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 9 Jun lalu, Nhaveen cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki sehingga mati otak selain mengalami kecederaan di bahagian dubur. 

Dia kemudiannya meninggal dunia pada Khamis lepas setelah lima hari koma di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang.

Rakannya, Previin dilaporkan turut dipukul oleh kumpulan berkenaan menggunakan topi keledar namun sempat melarikan diri bagi mendapatkan bantuan.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan