FGV: SPRM Telah Rakam 60 Percakapan Saksi

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 8:35 PM

Datuk Dzulkifli Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakamkan percakapan 60 orang saksi dalam siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) setakat ini.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata SPRM cuba menyelesaikan siasatan itu secepat mungkin agar kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan seterusnya dalam masa terdekat.

Dzulkifli juga menegaskan bahawa siasatan badan bebas itu tidak terikat dengan sebarang keputusan yang dilakukan oleh kerajaan mahupun FGV berhubung penstrukturan semula syarikat berkenaan.

"Siasatan SPRM bebas daripada arrangement (percaturan) kerajaan dan FGV. Kita tidak terikat. Siasatan dibuat mengikut bukti yang ada kerana kita bukan hanya menyiasat tentang Delima Oil Products (anak syarikat FGV) tetapi ada enam isu lain," katanya.

Dzulkifli berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kerajaan Negeri Pahang yang diketuai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di Wisma Sri Pahang di sini, Selasa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, semua exco kerajaan negeri dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.

Pada Selasa FGV mengumumkan pengunduran Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi syarikat berkuat kuasa serta-merta dan jawatan itu kini dipangku oleh Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.-Bernama

Tags / Kata Kunci: FGV , SPRM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan