Semperit 'Ubat' Kesedihan Gadis Dikecam Netizen

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kuih semperit menjadi pengubat duka seorang gadis yang dikecam teruk minggu lalu gara-gara merayu bantuan Aidilfitri di Facebook.

Normasmira Zulkifli, 17 atau lebih senang disapa sebagai Ira berkata, selepas mendapat komen pedih daripada netizen, dia mahu cepat-cepat melupakan insiden itu yang dianggap memalukan.

Bagi merawat kesedihannya, Ira yang tinggal di sebuah rumah tumpang di Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah, telah 'membawa diri' ke rumah seorang rakan untuk menyiapkan kuih raya bersama-sama.

“Esoknya (Sabtu) saya terus ke rumah kawan untuk buat kuih semperit.

"Selepas tiga hari, kami berjaya siapkan kuih raya untuk keluarga masing-masing dan saya juga diberi tiga balang kuih semperit, bolehlah makan masa raya nanti," katanya kepada mStar Online.

Ira yang menghidap Talasemia berkata, 'projek kuih raya' ini melibatkan dirinya bersama dua lagi rakan dan ia telah lama dirancang.

Menerusi projek itu, mereka sepatutnya berkongsi wang untuk membeli bahan-bahan membuat kuih raya, menyiapkannya bersama-sama dan kemudian setiap seorang akan mendapat bahagian masing-masing secara sama rata.

"Tapi saya hanya mampu bayar RM20, itu pun masa saya masih bekerja dulu, sedangkan dua rakan lain membayar lebih...nasib baik mereka faham keadaan saya," katanya.

Gambar semperit yang telah siap dan dikirimkan Ira kepada mStar Online.

Ira berkata, dia amat bersyukur kerana walaupun posting yang dimuat naiknya pada Khamis lalu telah dipadam, ada juga pihak yang sempat membacanya dan bermurah hati menghulurkan bantuan.

"Ada beberapa orang datang rumah tengok nasib keluarga saya dan beri bantuan. Ada juga yang beri sumbangan wang kepada ibu, saya ucapkan terima kasih," katanya.

Mohd Hafiz Ismail dan rakan-rakan adalah antara mereka yang telah menghulurkan sumbangan kepada keluarga ini.

"Kita sudah lihat keadaan mereka, memang mereka memerlukan bantuan orang ramai, bukan sahaja untuk Aidilfitri, tetapi juga barang keperluan asas," katanya yang berasal dari Sungai Petani tetapi kini tinggal di ibu kota.

Mohd Hafiz, 30, berkata setelah pergi sendiri ke rumah Ira, keluarga ini juga didapati mempunyai tunggakan sewa rumah, bil air dan bil elektrik.

"Sebelum pergi saya telefon Ira tanya bentuk bantuan. Dia kata 'Ira tak penting, yang penting emak dan adik'.

"Emaknya pula beritahu kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," katanya yang turut menyumbangkan sebuah dapur memasak.

Kisah Ira menjadi tular di internet apabila dia cuba merayu bantuan orang ramai supaya membantu keluarganya yang kesempitan wang untuk meneruskan hidup dan untuk menyambut Aidilfitri.

Malangnya terdapat individu yang menghinanya dan melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya, sehingga dia terpaksa memadam posting tersebut.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan