Semak Semula Kelayakan Penerima JBG - Azalina

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 3:23 PM

Azalina Othman Said. Foto: MOHD SAHAR MISNI/The Star

(Ubah saiz teks)

BANGI: Jabatan Bantuan Guaman (JBG) perlu mengkaji semula kelayakan pihak yang memohon menggunakan bantuan mereka agar perkhidmatan hanya diberi kepada golongan yang memerlukan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata antara kumpulan sasar yang layak menerima bantuan itu ialah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia dan e-Kasih."Bantuan guaman sekarang diberi mengikut kiraan pendapatan.

Bagi saya kiraan itu perlu dikaji. Tidak boleh (diberi) kepada orang yang berkemampuan, tetapi tidak mahu guna khidmat peguam swasta kerana kos lebih tinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan  Konvensyen Bantuan Guaman di sini, Selasa.

Turut hadir Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Azalina berkata cadangan khidmat guaman kepada yang memerlukan itu adalah satu daripada usaha mentransformasi skim perkhidmatan bantuan guaman di bawah JBG yang ditubuhkan untuk memberi khidmat nasihat undang-undang  dan bantuan guaman kepada golongan layak dibantu seperti yang ditetapkan di bawah Akta Bantuan Guaman 1971.

Katanya mereka yang layak dibantu akan menerima bantuan guaman dalam bentuk nasihat selain dalam bentuk representasi di mahkamah yang diberikan percuma atau dikenakan bayaran minimum yang ditetapkan mengikut ujian kelayakan.

Berdasarkan statistik pendaftaran kes setakat suku pertama  tahun ini, 50 hingga 70 peratus kes dikendalikan JBG adalah kes-kes syariah yang kebanyakannya tuntutan penceraian, kata Azalina.

Sehubungan itu beliau mahu persepsi bahawa JBG hanya mengendalikan kes-kes penceraian dan kekeluargaan diperbetulkan.

"JBG harus melangkaui kes sivil dan jenayah. Banyak jenis kes yang boleh diwakili mereka yang memerlukan seperti kes melibatkan pekerjaan selain kes sivil, kes jenayah," kata Azalina.

Sementara itu, Azalina berharap konvensyen tersebut yang menekankan beberapa hala tuju baharu JBG, dapat mengumpulkan pandangan peserta pelbagai latar belakang untuk membentuk dasar-dasar bantuan guaman yang akan diterima pakai secara menyeluruh dan mengikut keperluan semasa.

Turut digariskan dalam konvensyen itu ialah cadangan supaya bantuan guaman hanya diberi kepada warganegara Malaysia, kata beliau.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Jabatan Bantuan Guaman

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan