Hangus Sebelum Raya

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 10:32 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kegembiraan untuk menyambut 1 Syawal yang hanya empat hari lagi musnah apabila kediaman keluarganya hangus dijilat api dalam kejadian yang berlaku di Dungun, Terengganu pada pagi, Selasa.

Norsalina Abd. Aziz, 37, ketika dihubungi mStar Online berkata, rumah tersebut adalah milik ibu bapa mertuanya yang turut didiami bersama dua keluarga iparnya.

“Kami semua terkejut ketika menerima berita ini di Whatsapp kerana semua persiapan raya sudah dibeli.

“Bayangkan, lagi empat hari nak sambut hari raya tapi rumah pula terbakar. Tiada apa yang dapat diselamatkan dan semuanya tinggal sehelai sepinggang,” katanya dengan nada sayu.

Menurut Norsalina, jumlah sebenar kerugian yang dialami belum diketahui namun dianggarkan benilai lebih RM50,000.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Surau, Kuala Jengal pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

Bagaimanapun Norsalina bersyukur kerana kesemua 14 ahli keluarganya selamat terutama bapa mertuanya yang lumpuh.

“Kalau ikutkan, memang mak dan ayah mertua saya sentiasa ada di rumah. Tapi sehari sebelum kejadian mereka sudah ke rumah anak di Kemaman untuk berbuka puasa di sana.

“Siapa yang tidak terkejut bila balik sahaja tengok api sudah marak. Tidak sampai satu jam semuanya hangus,” ujarnya.

Tambahnya, dia berharap ada pihak yang sudi meringankan beban keluarganya menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

Tags / Kata Kunci: Syawal , Kampung Surau

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan