Bomba Pun Selamatkan Kucing - Berita Semasa | mStar

Bomba Pun Selamatkan Kucing

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 1:48 PM

Seekor kucing yang ditemui melecur teruk dalam kebakaran.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Pasukan bomba menyelamatkan seekor kucing yang melecur teruk dalam kebakaran unit perumahan pekerja di sebuah kilang di Kuala Baram.

Kucing itu ditemui terbakar tetapi masih hidup di sebalik serpihan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Superitendan Law Poh Kiong berkata, pemilik haiwan perliharaan berkenaan masih mahu membelanya walaupun kesemua barang kepunyaannya musnah dalam kebakaran.

"Kami berharap dia akan menghantar kucing itu kepada doktor haiwan untuk mendapatkan rawatan," kata Poh Kiong.

Kebakaran yang berlaku di kuarters pekerja pada kira-kira 6.30 pagi Selasa memusnahkan 48 unit rumah mengakibatkan 70 orang hilang tempat tinggal.

Siasatan awal mendapati punca kebakaran disebabkan masalah pendawaian.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan