Kutip Derma Anjur Tahlil Dan Khatam Quram Bidaah - Jaips

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 4:31 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) menegaskan perbuatan memungut sumbangan untuk menganjur program tahlil dan khatam quran untuk orang yang meninggal adalah perbuatan bidaah yang amat keji.

Pengarah Jaips, Dr Hazman Hassan berkata, pihaknya melarang keras amalan tersebut kerana terdapat unsur untuk memperdaya orang ramai dengan amalan yang mengeksploit ''zikrullah'' dan ayat suci al-quran.

"Perbuatan ini juga sama seperti memperdagangkan pahala yang menyerupai amalan ''sukuk al-ghufran'' (sijil keampunan) penganut agama Nasrani," katanya dalam kenyataan media, Selasa.

Menurut beliau, fatwa melarang perbuatan itu dan mengutup wang penganjuran diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Ke-11/2013.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pihak yang membuat kutipan bagi menganjurkan program sebegitu.

Hazman berkata siasatan Jaips mendapati wujud aktiviti mengutip sumbangan untuk mengadakan tahlil arwah di sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat di utara Perlis dengan penganjur turut mencetak brosur serta membuat hebahan melalui WhatsApp dan media Facebook.

"Pihak sekolah juga mengakui melaksanakan program itu dan Jaips telah mengarahkan mereka supaya menghentikannya," katanya dengan menambah perbuatan itu melanggar Fatwa Negeri Perlis yang menyalahi Seksyen 39 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991.

Tags / Kata Kunci: Bidaah , Jaips , Perlis

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan