TUDM Nafi Jet Hawk 108 Bermasalah

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 1:25 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Isnin menafikan khabar angin yang tular mendakwa pesawat Hawk 108 yang terhempas di Chukai, Kemaman, Terengganu, Khamis lepas, diketahui bermasalah.

Markas Tentera Udara dalam kenyataan pada Isnin berkata, pesawat itu telah melalui proses penerbangan pemeriksaan pasca senggaraan dua hari sebelum kejadian nahas tersebut.

"TUDM tidak akan berkompromi tentang keselamatan dan ''airworthiness'' (layak terbang) pesawat serta sentiasa menekankan tahap tertinggi dalam penyelenggaraan pesawat di bawah kawalan TUDM," kata kenyataan itu menurut laporan Bernama.

Menurut kenyataan itu, TUDM telah menemui beberapa serpihan pesawat Hawk 108 termasuk kedua-dua kerusi anjal dalam operasi berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai.

Katanya, operasi mencari serpihan pesawat selebihnya akan diteruskan dalam usaha TUDM untuk melengkapkan siasatan bagi menentukan punca kejadian.

Kenyataan itu turut menyebut, pasukan TUDM mengalami kesukaran dalam operasi terbabit berikutan keadaan muka bumi dan tanah yang lembut serta berpaya di tapak kejadian.

Bagaimanapun, TUDM telah mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi bagi melancarkan usaha pencarian dan pengumpulan serpihan termasuk Tentera Darat Malaysia, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Tragedi pesawat terhempas pada Khamis lepas mengorbankan dua juruterbang TUDM, Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.

Pesawat malang berkenaan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi hari dan terputus hubungan setengah jam kemudian sebelum mayat kedua-dua mangsa ditemui pada jam 2.30 petang di hutan paya kampung berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Hawk , TUDM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan