Dulu Naik Limosin, Kini Dapat Kereta Pula

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jika tahun lalu kisah seorang lelaki bernama Hafiz Mahamad meraikan ulang tahun kelahiran kekasihnya, Syafiqah Aina dengan menyewa sebuah limosin putih menjadi trending di laman sosial.

Kali ini, lelaki tersebut sekali lagi membuat kejutan istimewa kepada kekasihnya dengan menghadiahkan sebuah kereta Honda berwarna merah.

Malah, Aina turut memuatnaik gambar bersama Hafiz dengan kereta yang dihadiahkan kepadanya di laman Instagram pada Ahad.

Gambar tersebut turut mendapat 38,936 likes sejak dimuatnaik pada Ahad.

Berdasarkan tinjauan di ruang komen gambar tersebut, rata-rata pengikut Aina menyifatkannya sebagai seorang gadis yang amat bertuah.

Namun tidak kurang juga ada yang menyindir hadiah pemberian kekasihnya itu.

@nursharien berkata:"Tahun ni dapat kereta... tahun depan dapat banglo pulak.

@aliff_nazmi berkata:"Kerja apa dia ni...."

Dalam kapsyen gambar tersebut, Aina turut berterima kasih kepada Hafiz di atas kejutan dan hadiah luar jangkaan sempena hari lahirnya itu.

"Anda tak pernah gagal mengagumkan saya. Ucapan terima kasih tidak pernah cukup berbanding atas segalanya yang anda lakukan untuk saya," kata Aina.

Selain kejutan limosin, Hafiz pernah membuat membawa Aina menaiki kapal mewah pada awal tahun ini.

Bukan itu sahaja, Hafiz turut membawa keluarganya dan keluarga Aini menaiki kapal mewah tersebut.

Beberapa keping gambar yang turut dikongsi dalam laman Instagram @syafiqahaina pada Januari lalu turut mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen dengan ada yang menganggap pasangan itu suka menunjukkan kemewahan.

Namun ada juga netizen yang memuji tindakan Hafiz itu yang disifatkan mampu membuatkan keluarganya terharu.

Tags / Kata Kunci: Syafiqah Aina , Honda

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan