R.AGE Raih Anugerah SOPA

Diterbitkan: Ahad, 18 Jun 2017 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wartawan R.AGE dari The Star merupakan satu-satunya pemenang mewakili Malaysia di Anugerah SOPA di Hong Kong pada tahun ini.

The Elephant In Our Room, merupakan dokumentari oleh R.AGE, telah diumumkan sebagai pemenang untuk kategori liputan alam sekitar pada majlis makan malam di Wan Chai, pada Khamis.

R.AGE diumumkan sebagai pemenang bersama peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir iaitu The Washington Post, The New York Times, Financial Times, South China Morning Post, dan Rappler.

R.AGE mencatat kemenangan walaupun berdepan saingan sengit dengan 750 penyertaan bagi 17 kategori.

“Sepanjang 10 tahun mengadili majlis penganugerahan SOPA, kategori ini paling sukar kerana kualiti dan keaslian liputannya,” menurut pihak juri.

“Kisah ini adalah konflik di antara orang asli dan gajah di sebuah hutan di Malaysia, telah menarik perhatian saya kerana penggunaan bahasa, video dan kemahiran mereka untuk mendedahkan situasi yang kritikal.”

The Elephant in Our Room menunjukkan konflik di antara orang asli dan gajah liar di Taman Royal Belum, Perak, di mana lebih dari 36 ekor gajah telah dipindahkan dalam masa kurang dari lima tahun.

Penerbit senior R.AGE, Elroi Yee dan wartawan multimedia Shanjeev Reddy meluangkan masa selama seminggu di dalam hutan Perak untuk menyiasat hal itu dan mereka hampir dipijak oleh gajah liar.

“Di hutan-hutan Malaysia,saingan untuk mendapatkan sumber melibatkan kepentingan komersial dan pemuliharaan serta orang asli. Namun, orang asli sering kalah,” kata Yee.

“Kami berharap anugerah ini dapat menarik perhatian ramai mengenai isu ini dan menyumbangkan idea tentang bagaimana kita dapat mengendalikan pengagihan sumber semula jadi.”

Kemenangan yang diraih itu yang ke 11 sejak ia dirombak dan diasaskan semula pada akhir 2015 sebagai kewartawanan dokumentari dan unit produksi multimedia.

Untuk menonton dokumentari The Elephant in Our Room, boleh melawat laman web, rage.com.my/elephant-in-our-room.


Tags / Kata Kunci: R.AGE , SOPA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan