Bagai Mati Hidup Semula

Diterbitkan: Ahad, 18 Jun 2017 9:48 AM

Zulhisyam tergantung akibat tersalah teknik ketika memotong tandan kelapa muda di kampungnya pada Khamis

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Bagaikan mati hidup semula, itulah pengalaman yang dirasai oleh Mohd Zulhisyam Zulkifli, 23, apabila berjaya diselamatkan ketika lehernya terjerut tali ketika memanjat pokok kelapa.

Zulhisyam berkata, ini adalah pengalaman yang sangat ngeri buat dirinya dan dia tidak akan pernah melupakan detik tersebut.

"Saya rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup dan saya tidak akan lupakan pengalaman ngeri ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kokbah, Pendang, Sabtu.

Katanya, ketika hari kejadian pada Khamis lalu, dia keluar dari rumah pada jam 9 pagi dan diminta rakannya untuk mengambil kelapa untuk meniaga di bazar Ramadan.

"Saya hanya fikir untuk dapat duit saja sebab selalu kalau saya panjat pokok nyoq (kelapa) orang akan upah saya RM20 hingga RM30," katanya.

Zulhisyam sememangnya sentiasa melakukan kerja kampung seperti memanjat pokok kelapa bagi menampung keperluan dirinya dan ibu memandangkan adik beradik lain bekerja luar.

"Itu kali pertama saya panjat pokok nyoq muda, sebelum ni saya selalu panjat pokok nyoq tua sahaja," katanya.

Menceritakan detik cemas berkenaan, Zulhisyam berkata dia memanjat pokok berkenaan seperti biasa dengan meletakkan tali di pinggang dan menyangkut di leher.

"Tak sangka pula teknik berkenaan memakan diri saya pada hari tersebut," katanya dengan nada kesal.

Katanya, setiba di pucuk pokok kelapa, dia mengikat hujung tali pada tandan kelapa dan menggunakan parang untuk mencantas tandan kelapa berkenaan.

"Tapi akibat tersalah teknik, apabila tandan nyoq tersebut nak jatuh dia tarik sekali dengan badan saya menyebabkan tali berkenaan terjerut leher saya.

"Satu tandan ada lebih kurang 25 biji nyoq dan jumlah nyoq tu sudah cukup berat untuk tarik saya supaya jatuh bersama.

"Masa tu saya dah tak ingat apa dah hanya fikir mak dan nyawa saya ja. Saya rasa macam sesak nafas, sebak dan tak ingat apa dah, bila sedar saya dah ada di hospital.

"Mujurlah Allah bagi saya peluang untuk hidup lagi dan saya anggap ini adalah peluang bernilai buat saya," katanya.

Mengulas berkaitan videonya yang tular dan mengundang pelbagai persepsi sehingga ada yang mengatakan Zulhisyam berniat membunuh diri, katanya, dia telah memaafkan mereka yang berkata demikian.

"Saya dah tengok video tu, tapi tu cuma rakaman pertengahan sahaja dan bukannya rakaman permulaan saya memanjat untuk mengambil buah nyoq tersebut.

"Saya maafkan depa, cumanya selepas ni kalau ada kejadian yang sama macam ni kalau boleh siasat lah dulu. Kesian dekat mangsa dan keluarga mangsa yang tidak bersalah," katanya.



Tags / Kata Kunci: Kampung Kokbah , Zulhisyam

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan