Fama Jumpa Petani Harumanis - Berita Semasa | mStar

Fama Jumpa Petani Harumanis

Diterbitkan: Ahad, 18 Jun 2017 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mengadakan pertemuan dengan petani mempelam harumanis di Perlis, selain jabatan dan agensi terlibat untuk membincangkan pelan pemasaran komprehensif tanaman itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Ishak berkata perjumpaan yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri itu juga bagi membincangkan usaha meningkatkan kualiti dan standard buah tersebut.

"Kita akan membetulkan kelemahan yang ada dalam industri harumanis seperti isu menuai sebelum buah matang, aspek penggredan buah dan penentuan harga supaya kita dapat letakkan buah harumanis ini di tahap atau standard tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Jualan Khas Pasar Tani Pra-Syawal di Pasar Tani Bukit Angkasa, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan petani mempelam harumanis di Perlis yang mahukan Fama membantu memasarkan hasil tanaman mereka.

Katanya, Fama selaku agensi yang menyediakan pemasaran pertanian bersedia membantu petani mempelam harumanis.

Malah, jelasnya Fama telah mengadakan pelbagai program termasuk menyediakan tempat khusus di Lembah Klang untuk pengusaha harumanis menjual terus buah itu kepada pengguna selain mempromosi makanan berasaskan isi buah berkenaan.

Ahmad berkata pihaknya turut memberi pilihan kepada petani harumanis untuk menjual hasil mereka kepada pusat operasi Fama mengikut harga dan gred tertentu seperti A, B serta C selain menggalakkan rakyat Malaysia membeli buah-buahan tempatan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: harumanis , Fama
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan