Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DoJ - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 18 Jun 2017 4:26 PM

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad menuntut Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan terbaru mereka berkait isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, tanpa mengemukakan bukti yang kukuh, sebarang dakwaan atau kenyataan terhadap individu tertentu hanya akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti DoJ.

"Jangan buat kenyataan demi kenyataan tanpa mengambil tindakan, bila mereka dakwa, mereka perlu juga ambil tindakan supaya yang didakwa itu boleh ada ruang untuk menjawab dan bersihkan nama masing- masing.

"Sekiranya mereka tidak mengambil tindakan, kredibiliti DoJ itu sendiri boleh dipertikaikan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan bersama Setiausaha Umno bahagian di sini, Ahad.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan tanpa tindakan ini berterusan, pihak-pihak tertentu akan 'menangguk di air keruh' dengan menggunakan kenyataan DoJ untuk kepentingan politik mereka.

Hishammuddin merujuk kepada saman sivil terbaru DoJ bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Ditanya sejauh mana dakwaan terbaru DoJ akan memberi kesan kepada Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14,  Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno berkata, rakyat yang akan menentukannya.

Katanya, walaupun terdapat banyak isu berkaitan nasional pada hari ini, masyarakat di peringkat akar umbi mahu melihat nasib mereka terbela di peringkat setempat.

"Pengundi mahu nasib mereka terbela dan bagi mereka masalah setempat lebih penting, saya yakin dengan cara dekati rakyat yang betul kami pasti boleh melawan kenyataan DoJ," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: DoJ , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan