Tiada Bendasing Plastik Ditemui Dalam Beras Cap Rambutan - Berita Semasa | mStar

Tiada Bendasing Plastik Ditemui Dalam Beras Cap Rambutan

Diterbitkan: Ahad, 18 Jun 2017 7:40 PM

Paparan skrip video tular seorang lelaki mendakwa beras Cap Rambutan sebagai beras plastik.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  mendapati tiada bendasing plastik dijumpai dalam beras cap Rambutan Super Special Tempatan Lima Peratus berdasarkan keputusan awal ujian yang dijalankan.

Kementerian itu berkata, pemeriksaan dan siasatan dilakukan terhadap kilang beras jenama berkenaan di Mergong, Alor Setar susulan video tular yang mendakwa beras berkenaan sebagai beras plastik.

'Beberapa siri ujian telah dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji serta ujian bakar dan masak,' katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, sampel beras telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis lanjut.

Kenyataan itu menyebut hasil pemeriksaan juga mendapati tidak terdapat kelengkapan mesin untuk menghasilkan beras plastik di premis itu.

Kementerian itu berkata, syarikat berkenaan juga memperoleh bekalan beras dari sumber sah iaitu daripada petani dan pengilang tempatan.

'Siasatan dan pemeriksaan yang sama akan dijalankan di kilang pengeluar negeri Perak pada 19 Jun  (esok),' kata kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perkara tersebut boleh menghubungi Pejabat Kawal Selia Padi di setiap negeri bagi memastikan siasatan dapat dijalankan serta mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. - Bernama

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan