Aliff Syukri Terlajak Laris Mengamuk Lagi?

Diterbitkan: Ahad, 18 Jun 2017 5:06 PM

Paparan skrin video menunjukkan Aliff (kanan) bersemuka dengan seorang lagi pembantu rumahnya yang didakwa mencuri sejumlah wang.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Selepas kecoh jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengamuk kerana pembantu rumahnya didakwa mencuri beberapa hari lalu, kini insiden sama berulang dan kali ini membabitkan seorang lagi pembantu rumahnya.

Menerusi video dirakamkan secara langsung di Facebook usahawan itu pada Ahad, Aliff bersemuka dengan seorang pembantu rumahnya selepas dikesan mengirimkan sejumlah wang kira-kira RM7,500 dipercayai kepada keluarganya di kampung. 

“Kamu baru masuk sebulan, kamu mana ada gaji. Ada bukti pengirimannya yang kamu curi duit saya,” soal Aliff sambil menunjukkan resit kiriman wang di dalam video yang turut kedengaran suara isteri beliau, Datin Nur Shahida Mohd Rashid. 

Bagaimanapun pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja dengan Aliff dibayar gaji RM900 sebulan itu mendakwa dia tidak mencuri sebaliknya wang tersebut diberikan oleh seorang pembantu rumah yang lain.

Wanita berkenaan turut mendakwa wang berkenaan diterima daripada sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang, dipercayai milik Aliff.

Menurut pembantu rumah itu lagi, ia bukanlah kiriman wang yang pertama kerana pernah dibuat sebelum ini. 

Aliff bersama isterinya mendedahkan tindakan pembantu rumahnya terbongkar apabila mereka mengemas bilik sehingga membawa kepada penemuan resit kiriman wang.

“Sebenarnya kami tak periksa pun tapi terjumpa semasa kemas jumpa seluar di dalam plastik yang ada resit. Bukan mencari, tapi mungkin Tuhan nak tunjukkan pada bulan puasa ini mengenai perangai mereka (pembantu rumah) yang sebenar,” ujar Nur Shahida.

Sepanjang video berdurasi kira-kira 40 minit itu, pembantu rumah Aliff tidak henti-henti meminta maaf dan merayu sambil menjelaskan dia tidak mencuri wang berkenaan dengan niat dan hanya menjadi mangsa keadaan.

Menerusi satu lagi video yang dimuat naik di Facebook Aliff selepas itu, pembantu rumah tersebut dibawa ke Balai Polis Sungai Buloh untuk membuat laporan polis berhubung kes kecurian. 

Menerusi video terbaharu yang dirakamkan secara langsung di Facebook Aliff pada Ahad malam, beliau mendakwa tiga pembantu rumahnya bersama seorang tukang kebun mencuri wang, jam dan cincin dengan nilai keseluruhan RM100,000.

Rabu lalu, menerusi dua rakaman video secara langsung, salah seorang pembantu rumah usahawan itu ditangkap kerana mencuri. 

Pembantu rumah Aliff didakwa mencuri wang RM100 dan beberapa helai pakaian termasuk kain sutera bertahtakan batu Swarovski yang dibeli dari Itali. 

“Bibik (pembantu rumah) pencuri, dia ingat dia bini aku. Saya dah bagi macam-macam kemudahan baju raya, duit raya, duit belanja untuk anak-anak dia siap belikan make up (alat solek) hias wajah. Dia tak buat keja pun saya tak marah ini yang dibalas dengan saya,” kata Aliff.

Aliff yang berang dengan insiden kecurian yang berlaku mahu membuat laporan polis meskipun dirayu pembantu rumahnya berkali-kali.

Bagaimanapun tidak dipastikan nasib pembantu rumah berkenaan sehingga kes kecurian terbaharu membabitkan seorang lagi pembantu rumah usahawan itu pada Ahad.

Tags / Kata Kunci: Aliff Syukri Kamarzaman

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan