Khidmat E-Hailing Wajib Ada Butang Panik

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri mahu pelaksanaan butang panik atau butang kecemasan (SOS) diselaras kepada operasi e-hailing di seluruh negara.

Beliau berkata perkhidmatan Grabcar dan Uber perlu melaksanakan pemasangan butang panik demi keselamatan penumpang termasuk di Sabah.

"Apabila butang panik dipasang, keselamatan penumpang lebih terjamin kerana butang itu akan berhubung terus dengan SPAD di Semenanjung. Kita juga minta LPKP (Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan) di Sabah melakukan perkara yang sama," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian cek kepada Masjid Nurul Ulum, Kampung Segama serta Masjid Nurul Jihad di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Nancy berkata meskipun rang undang-undang pindaan mengenai operasi e-hailing belum diluluskan di Parlimen, namun tiada pengecualian untuk melaksanakan pemasangan butang panik.

"Sebab kita bentang pindaan rang undang-undang ini sekali lagi di Parlimen akan datang dan apabila diluluskan, kita telah ada terma berhubung keselamatan penumpang," katanya.

Penggunaan butang panik dicadangkan selepas berlaku insiden penumpang wanita didakwa dirogol seorang pemandu Grabcar baru-baru ini di Selangor.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SOS , Nancy , Grab

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan