Jualan 72 Jam 10,000 Kasut Terpakai Berjenama

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 3:45 PM

Semua kasut dijual antara RM30 hingga RM900 bergantung kepada jenama dan kualiti. - Facebook/ Global Rare Shoes

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebanyak 10,000 kasut terpakai berjenama antarabangsa dijual kepada orang ramai dalam jualan mega selama 72 jam tanpa henti bermula kira-kira jam 9 pagi Jumaat anjuran Global Rare Shoes di Koloni Karyawan Amanjaya (PORT).

Pemilik bersama Global Rare Shoes, Muhamad Fahimie Zainul berkata, semua kasut berkenaan dijual dalam lingkungan harga antara RM30 hingga RM900 bergantung kepada jenama dan kualitinya.

Katanya, antara kasut terpakai berjenama antarabangsa yang dijual adalah Red Wing, Dr Martens, Clarks, Adidas, Nike, Vans, Birkinstock dan sebagainya.

"Kasut-kasut ini kami dapatkan dari Kemboja secara pukal dan kami jual mengikut kualiti dan keadaan kasut berkenaan untuk pelbagai peringkat umur," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Beliau yang telah memulakan perniagaan sejak 2012 berkata selain kasut terpakai, pihaknya turut menjual barangan lain termasuk beg dan baju sejuk.

Sementara itu, seorang lagi pemilik bersama Global Rare Shoes, Ahmad Tarmizi Ghafarullah berkata, penjualan selama 72 jam tanpa henti yang dibuat di PORT bertujuan memberi peluang kepada semua golongan berkunjung sekali gus memiliki kasut yang dijual.

"Sebelum ini pun kita guna cara sama kerana bukan semua orang akan membeli pada waktu yang sama. Jadi kita tampilkan kelainan seumpama ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Tarmizi berkata selain Perak beliau juga menjalankan operasi perniagaan sama di beberapa tempat lain seperti di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang serta Selangor dan sambutan sangat menggalakkan.

Mengulas lanjut, Ahmad Tarmizi berkata, pihaknya akan berada di Dewan Besar Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang dan Dewan Beringin, Seri Gombak, Selangor bagi penganjuran program sama selama 120 jam tanpa henti bermula Selasa depan.

"Kita harap orang ramai di sekitar kawasan itu berkunjung ke tempat kami bagi mendapatkan kasut yang sesuai untuk dipakai sempena Aidilfitri yang bakal tiba," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan