Anwar Enggan Jadi Calon PM Pakatan Harapan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 9:05 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) memutuskan untuk tidak menawarkan diri selaku perdana menteri pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau melalui kenyataan yang dikeluarkan menerusi PKR pada Sabtu berkata, Pakatan Harapan harus memberikan perhatian kepada dasar negara, kepincangan sistem dan ke arah kemenangan PRU ke-14.

“Isu pinggiran lainnya, muslihat perebutan kuasa dan kedudukan atau keterlanjuran kata kurang sopan dalam Pakatan Harapan tidak harus diizinkan.

“Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU,” katanya.

Tegas Anwar, Pakatan Harapan perlu mengekalkan tradisi musyawwarah dan konsensus seperti yang diamalkan parti itu sebelum ini.

Bagi beliau, semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama dan kedudukan pengerusi hanya sebagai penyelaras.

Namun, Anwar meminta agar semua pihak dalam Pakatan Harapan untuk meneliti semula cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) untuk merombak struktur Pakatan Harapan menjadikannya mirip Barisan Nasional (BN).

“Dengan hasrat merangkul semua kekuatan dalam satu pasukan mantap menentang Umno-BN, adalah dirasakan wajar memastikan penyertaan semua pimpinan secara berkesan.

“Ini termasuk memanfaatkan kedudukan dan peranan Tun Mahathir. Agak kurang bijak untuk membuat sebarang andaian sebelum semua pimpinan parti menyatakan sikap dan usul tersebut dimuktamadkan,” jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan