Tinggalkan Universiti Demi Jadi Juruterbang Pesawat Tempur

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 5:11 PM

Balu kepada Mejar Yazmi, Noor Shafora Izwa Mohd Helmi tidak dapat menahan sebak ketika jenazah tiba untuk disolatkan di Masjid Ibnu Sina pada Jumaat. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 di Chukai, Terengganu pada Khamis, sangat berminat menjadi juruterbang dan berkhidmat untuk negara sehingga sanggup menamatkan awal pengajiannya di universiti untuk mengejar cita-citanya itu.

Hal tersebut diceritakan rakan sekerjanya Mejar Hassan Basri Tajul Arifin, 38, yang berkata Allahyarham sanggup menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) lebih awal semata-mata kerana minatnya itu.

"Kami bersama-sama dalam satu skuad pada 2001 sebelum kami berpecah pada 2003 kerana dia memilih menjadi juruterbang tempur manakala saya menjadi juruterbang pesawat komersial, dan saya memang dah menjangkakannya kerana itu sememangnya cita-cita beliau dari dulu," katanya kepada pemberita setelah selesai urusan pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini Jumaat.

Hassan Basri berkata mereka tidak pernah putus hubungan sejak itu dan masih saling berhubung sehinggalah sebelum nahas tersebut.

Beliau juga berkata Allahyarham adalah seorang yang bertanggungjawab serta sangat mengambil berat terhadap masalah rakan-rakannya.

"Sifat Allahyarham yang periang dan sering memberi tunjuk ajar yang berguna dalam menyelesaikan masalah adalah perkara yang akan saya selalu rindui," katanya.

Sementara itu abang sulung Allahyarham, Yusfi Mohamed Yusof, 52, berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan ini, sudah hilang kemeriahannya buat keluarga mereka ekoran pemergian adiknya itu.

Yusfi, seorang jurutera di sebuah syarikat swasta berkata kali terakhir beliau bertemu adik bongsunya itu adalah pada awal Ramadan lepas.

"Saya terkejut pada waktu itu kerana dia membawa durian dan popia ketika berbuka bersama kerana saya tidak menggemarinya."Tetapi selepas dipujuk, akhirnya saya mengalah dan mencuba makanan tersebut," katanya.

Yusfi berkata tiada sebarang perubahan sikap yang ditunjukkan adik bongsunya daripada empat beradik itu ketika dia bersama sekeluarga dan itulah kali terakhir mereka bertemu atas faktor kerja memandangkan Allahyarham terpaksa berulang-alik dari Kuantan ke Labuan.

Pada Khamis, Yazmi, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, disahkan meninggal dunia selepas pesawat Hawk 108 itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai.

Jenazah kedua-dua mangsa ditemui pada 2.30 perang, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Udara Kuantan dalam keadaan masih memakai payung terjun.

Mayat kedua-dua pegawai TUDM itu ditemui dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain sebelum dibawa keluar dari kawasan berkenaan dengan menggunakan helikopter. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hawk 108 , Mejar Yazmi Mohamed Yusof

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan