Tandas Kotor, Lesen Restoran Tidak Disambung

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji cadangan supaya pihak berkuasa tempatan menjadikan kebersihan tandas sebagai syarat untuk memperbaharui lesen restoran, kata Ketua Setiausahanya Datuk Mohammad Mentek.

Beliau berkata idea itu mencadangkan supaya restoran perlu memiliki tandas bertaraf empat bintang untuk memastikan lesen mereka diperbaharui yang merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kebersihan tandas awam di bawah pihak berkuasa tempatan.

"Bagaimanapun perkara ini masih di peringkat cadangan dan belum ada sebarang keputusan dibuat setakat ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian konsep baharu tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat.

 Selepas melawat dan meninjau tandas yang dinaik taraf di KLIA, Mohammad melahirkan rasa puas hati dan memuji konsep baharu tandas di lapangan terbang tersebut yang kini bertaraf lima bintang.

Antara ciri-ciri tandas konsep baharu KLIA ialah kemudahan menukar lampin yang kini turut disediakan di tandas lelaki bagi membolehkan golongan bapa menukar lampin anak masing-masing, lampu pada cermin di sinki dan pengering tangan individu yang disediakan di sebelah setiap sinki.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali berkata konsep baharu tandas di KLIA dilakukan secara kerjasama antara KPKT dan MAHB.

Beliau berkata bagi fasa pertama, 131 tandas dari jumlah keseluruhan 225 tandas yang terdapat di KLIA sudah dinaik taraf mengikut konsep baharu.

Kos untuk menaik taraf tandas di KLIA melibatkan RM30 juta dan kerja-kerjanya dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2019, katanya.

Mengenai pergerakan trafik penumpang di KLIA, Badlisham berkata bagi tempoh Januari hingga Mei 2017, jumlah penumpang meningkat sebanyak 25.9 peratus kepada 12 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan