Bangkai Hawk 108 Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 5:49 PM

Foto ihsan Markas Tentera Udara Kementerian Pertahanan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bangkai pesawat Hawk 108 yang terhempas pada Khamis berjaya ditemui berdekatan Kampung Yah Yah, Cukai, Terengganu.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan mengesahkan bangkai pesawat itu ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan helikopter EC725 disambung pukul 7 pagi Jumaat dan berjaya mengesan kedudukannya kira-kira 10.27 pagi Jumaat.

Menurut kenyataan itu, rangka pesawat itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat dari No10 Skn Kuantan yang diketuai juruterbang Kapten Nazri Mohd Nor dan Kapten Muhammad Yunus Mat Nor bersama Sarjan Udara Azrin Mohamad@Johor, Koperal Udara Shahrizal Baktiar Jamali serta Koperal Udara Zulbakrin Masuda.

"Mereka telah diturunkan dan mengesahkan pesawat malang itu.

"Tindakan memasang perimeter keselamatan juga bagi tujuan penyiasatan dan keselamatan telah dilaksanakan," demikian menurut kenyataan itu.

Markas Tentera Udara berkata TUDM kini dalam proses mengeluarkan rangka pesawat itu dari lokasi nahas.

Pada masa sama, lembaga penyiasatan yang diketuai Leftenan Kolonel John Sham Alagarsamy bersama tiga pegawai telah berada di lokasi nahas untuk menjalankan penyiasatan bermula Khamis.

Nahas itu menggorbankan Mejar Mohd Hasri Zahari dan rakannya juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof selepas pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu pada Khamis.

Mayat mereka ditemukan pada pukul 2.30 petang Khamis, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjung masing-masing.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi Khamis, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian. 

Tags / Kata Kunci: Hawk 108

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan