Cabaran Cari Bangkai Pesawat

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 4:19 PM

Anggota TUDM memasang tali amaran di kawasan yang dipercayai lokasi pesawat HAWK108 terhempas di Jalan Chukai-Ibuk berhampiran Kampung Yak Yah pada Jumaat. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan hutan dan berpaya antara cabaran sukar ditempuh pasukan mencari bangkai pesawat pejuang Hawk 108, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengorbankan dua juruterbang dalam nahas di Chukai, Terengganu pada Khamis.

Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Affendi Buang berkata pasukan mencari yang terdiri daripada TUDM, tentera darat dan Polis Diraja Malaysia masih lagi mencari bangkai pesawat tersebut di lokasi penemuan kedua-dua mayat juruterbang itu namun gagal menemui sebarang petunjuk ketika ini.

"Kawasan hutan dan berpaya itu memang cabaran buat pasukan penyelamat. Malah pemantauan menggunakan helikopter juga sukar mengesan sebarang petanda termasuk kepulan asap atau bekas terbakar," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas urusan pengebumian jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini tengah hari Jumaat.

Yazmi dan seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Hasri Zahari, 39, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang diterbangkan mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai pada Khamis.

Jasad mereka ditemui pada pukul 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjun masing-masing yang menunjukkan mereka telah melepaskan diri dengan menggunakan kerusi lenting pesawat.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada pukul 11 pagi Khamis, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Afendi berkata siasatan oleh Jawatankuasa Khas mengenai insiden malang itu akan mengambil masa lama jika bukti seperti bangkai pesawat lambat atau sukar dijumpai pasukan mencari. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hawk 108

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan