Bantuan RM750 Palsu - Idris - Berita Semasa | mStar

Bantuan RM750 Palsu - Idris

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan negeri pada Jumaat menafikan kewujudan bantuan kewangan Ramadan atau dikenali sebagai Bantuan Ramadan Kerajaan Melaka (BRAM) kepada penduduk di negeri tersebut.

Kenyataan mengenai bantuan itu yang menjadi tular di media sosial menyatakan kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan RM750 bagi mereka yang lahir di Melaka.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron yang sedang mengerjakan umrah di Makkah membidas kenyataan tersebut.

"Fitnah ini mungkin dianggap sebagai gurauan tetapi ia nyata mencemarkan imej saya dan juga kerajaan negeri.

"Saya harap pihak berkenaan menghentikan penyebaran maklumat itu manakala penerima pula diminta mengabaikannya," kata Idris dalam satu kenyataan.

Beliau berkata setiausaha kerajaan negeri akan membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Tags / Kata Kunci: BRAM , Melaka , Idris Haron

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan