Pesawat Hawk TUDM Hilang, Dua Juruterbang Ditemui Maut

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 4:52 PM

-foto airliners.net

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Dua juruterbang pejuang Hawk 108 terbunuh selepas pesawat tersebut dilaporkan hilang kira-kira 53 kilometer dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan.

Kedua-dua mayat juruterbang ditemui dalam keadaan memakai payung terjun ditemukan maut di kawasan hutan paya Chukai, Kemaman pada 2.30 petang Khamis.

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dalam sidang media memaklumkan dua juruterbang itu ialah Mejar Hasri Zahari, 31,  dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan mengesahkan sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 12.35 tengah hari Khamis.

"Markas Tentera Udara mengesahkan bahawa sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di persempadanan Terengganu dan Pahang.

"Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi," menurut kenyataan tersebut.

Tags / Kata Kunci: TUDM , pesawat Hawk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan