Hawk 108: Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 6:10 PM

Mayat Yazmi (kiri) Hasri ditemui pukul 2.30 petang Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga dua juruterbang pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban pada Khamis.

Perdana menteri berkata siasatan terperinci akan dilaksana terhadap nahas yang berlaku di kawasan hutan paya Chukai, Kemaman pada  2.30 petang yang mengorbankan Mejar Hasri Zahari, 31,  dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.

"Innalillah.Terima berita sedih dua juruterbang yang hilang dijumpai maut. Takziah kepada keluarga. Siasatan terperinci akan dilaksana," katanya dalam laman Twitter.

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dalam sidang media di Kauntan memaklumkan pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan pada 11 pagi Khamis sebelum terputus hubungan setengah jam kemudian.

Menurut Affendi, kedua-dua mangsa cuba menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi lenting pesawat.

Setakat 4.30 petang t, pesawat itu masih belum ditemukan.

Affendi berkata TUDM menggantung sementara perkhidmatan pesawat Hawk 108 sehingga siasatan tragedi selesai dan  sebuah badan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas pesawat tersebut.

Kedua-dua juruterbang yang terkorban adalah daripada No 6 Skuadron Pangkalan TUDM Labuan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: hawk 108 , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan