Dulu Karipap Oksigen, Kini Inti Bawang Sebiji

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

BELUMPUN reda isu karipap oksigen, kini muncul pula karipap inti bawang sebiji.

Kisah karipap bawang itu menjadi tular di laman sosial selepas beberapa keping gambar dikongsi pengguna Twitter ris@hrsrf.

"Nak tahu tak apa lagi teruk daripada karipap inti angin/oksigen?? Karipap inti sebiji bawang!!," tulisnya.

Bagaimanapun lokasi penjualan karipap bawang itu tidak dinyatakan.

Gambar itu turut mendapat perkongsian sebanyak 16,346 di Twitter.

Gambar karipap bawang ini menjadi tular di laman sosial.

Rata-rata netizen mengecam tindakan peniaga yang menjual karipap bawang tersebut dengan ada menasihati peniaga di bazar Ramadan supaya ikhlas ketika berniaga.

Malah tidak kurang ada yang menjadikan gambar tersebut sebagai satu bahan jenaka.

PIH@afiff_ycls berkata:"Nilah karipap yang paling kejam pernah aku tengok."

aan@NawaRare berkata:"Mungkin anak-anak mak cik tu nak main experiment kot hahahaha. Adik jom try letak sebiji bawang dalam karipap tengok dia jadi apa. Lepas baked - mana satu karipap experiment kita tadi eh adik? *mak dah ambik masuk bekas* Ramadan vibes."

@azlinnasir berkata:"Aku syak anak dia umur 3 tahun practice buat karipap dengan mak dia."

Tags / Kata Kunci: karipap bawang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan