Kapal Tangki Meletup, Enam Anak Kapal Hilang

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 9:00 PM

Keadaan air laut selepas dilaporkan semuah kapal tangki meletup awal pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Enam anak kapal warga Indonesia dilaporkan hilang apabila sebuah kapal tangki meletup dan dipercayai tenggelam di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya  Tanjung Pengelih, dekat Pengerang, awal pagi Khamis.

Anak kapal berkenaan dikenali sebagai Akhmad Faharuddin, 35, Muhamad Heri Hernanda, 28, Raden Abdur Rahem, 31,  Rendy Alamanda,28,  Sulkifli, 39, dan Yohanis Sumari, 35.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Taha Ibrahim berkata kapal MT Putri SEA itu dipercayai membawa muatan minyak mentah dan telah didaftarkan di Pelabuhan Malabo, Equatorial Guinea.

"Kapal tersebut mempunyai kepanjangan 46.3 meter dan membawa sebanyak enam orang anak kapal warganegara Indonesia berusia lingkungan 28 hingga 39 tahun," kata beliau dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata laporan kehilangan kapal berkenaan diterima daripada Polis Pengawal Pantai Singapura (SPCG) sekitar jam 5 pagi tadi setelah ejen kapal cuba menghubungi kapal berkenaan tetapi gagal.

"Sejurus itu, sebuah bot Penggalang 15 dari Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili digerakkan dan tiba di lokasi kejadian pada jam 6.15 pagi tadi dan mendapati tiada sebarang kelibat kapal ditemukan," kata Mohd Taha.

Namun begitu, pihaknya mendapati terdapat kesan tumpahan minyak di sekitar lokasi kejadian.

Mohd Taha berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan jam 12:30 tengah hari tadi melibatkan satu bot Penggalang 15 dari DM7 Tanjung Sedili, satu Kapal Al-Nilam dari Jabatan Laut serta dua buah bot dari Pelabuhan Johor.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Kapal Tangki Meletup

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan